Friday, June 6, 2014

Syarat sewa terkini

Hanya tambahan dari syarat dari post pertama..

1. Buat sementara waktu ini sehingga notis seterusnya, semua kereta sewa hanya boleh disewa dan digunakan di dalam Miri sahaja.

2. Adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa kereta sewa keluar Miri contohnya ke Bintulu, Brunei, Limbang, Sabah dan selanjutnya.

3. Jika didapati syarat ini telah dilanggar, maka pihak kami akan tidak teragak agak untuk menggunakan kuasa pihak polis (PDRM) untuk membuat tangkapan dan pihak peguam untuk mengeluarkan surat saman atas menyalahgunakan hak sebagai penyewa dan melanggar peraturan dan syarat sewa.

kami amat kesal atas segala yang berlaku. Ada booking yang kami terpaksa cancel kerana penyewa tidak memberitahu arah tuju yang sebenar sehinggalah pihak kami diberitahu bahawa penyewa dan kereta telah ditahan di checkpoint Sungai Tujuh (imegresen depot ke brunei)..

kami harap yang terbaik untuk kesemua pihak dan kami juga ingin mencari rezeki yang Halal di sisi agama, InsyaAllah dipermudahkan segala urusan akan datang.

Sekian, Terima kasih.