Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada semua pelawat,
Kami dari syarikat Sinar Borneo ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian saudara/saudari untuk melawat blog kami.
_________________________________________________________________________________
Ingin jalan jalan melawat sambil bercuti di Miri?
Tapi khuatir jika tiada kenderaan untuk membawa anda kemana saja yang anda inginkan?
Anda ingin menyewa kereta?
Ada agensi kereta sewa tapi harga agak mahal?
Biar kami menyelesaikan masalah anda!!
Di sini kami paparkan blog khas untuk sesiapa yang ingin mencari kereta sewa yang murah, berpatutan, fleksible, senang runding dan yang paling penting sekali BERSIH DAN SUCI.
teruskan membaca blog ini untuk mendapatkan info selanjutnya~ :)
_________________________________________________________________________________
Apa yang anda perlukan untuk menyewa kereta dari kami :
1. salinan lesen memandu
2. salinan kad pengenalan
3. Jika anda pelajar, sila sediakan salinan kad pelajar anda.
4. bayaran penuh ketika penyewa menerima kereta.
_________________________________________________________________________________
Apa yang anda perlu tahu sebelum menyewa? sila baca terma dan syarat dibawah.
1. CAJ TAMBAHAN. KAMI akan mengenakan bayaran sebanyak Rm10/trip untuk caj penghantaran dan pengambilan kereta sewa ke lapangan terbang atau dimana sahaja destinasi PENYEWA (asalkan di dalam kawasan MIRI)
2. KEROSAKAN / KEMALANGAN. PENYEWA hendaklah menbayar segala ganti rugi jika menghadapi kemalangan, kerosakan dan kecurian pada kereta yang di sewa. (nauzubillahiminzalik', mohon dijauhkan dari perkara sebegini) dan KAMI berhak untuk menuntut sebarang ganti rugi JIKA berlaku sebarang kerosakan / kemalangan yang melibatkan kereta sewa tersebut dalam tempoh sewaan tersebut.
3. SAMAN ATAS KESALAHAN LALU LINTAS DARI MAJLIS BANDARAYA MIRI/PDRM / JPJ. PENYEWA bersetuju bahawa KAMI akan memindahkan saman kepada nama PENYEWA jika menghadapi saman sewaktu tempoh sewaan. Adalah menjadi tanggungjawab PENYEWA untuk menyelesaikan semua saman , kompaun atau denda dalam tempoh sewaan tersebut.
4. PENYEWA akan dikenakan caj tambahan Rm10/jam jika lambat untuk memulangkan kereta yang di sewa.
5. Kereta yang di sewa tidak boleh digunakan untuk apa apa aktiviti jenayah atau yang menyalahi undang undang Negara Malaysia. Jika sekiranya terjadi apa apa kes yang melibatkan penggunaan kereta sewa KAMI, pihak kami tidak akan bertanggung jawab atas PENYEWA dan pihak KAMI tidak akan bersubahat.
6. Sekiranya kereta sewa didapati hilang / dicuri / tidak ditemui / rosak teruk semasa ataupun selepas tempoh sewaan kepada PENYEWA, pihak KAMI akan mengeluarkan surat dari peguam agar semua kos pembaikian / pengembalian kereta sewa itu dilangsaikan oleh PENYEWA dalam kadar segera.
7. KAMI berhak untuk meminta / menyimpan salinan kad pengenalan , lesen memandu , kad pelajar & pasport PENYEWA.
8. Juga kepada penyewa BUKAN MUSLIM(NON MUSLIM) , pihak KAMI adalah syarikat berstatus 100% bumiputera dan beragama ISLAM, kami berharap semasa tempoh sewaan anda, anda boleh menjaga kebersihan dan kami mohon agar tiada bahan daripada KHINZIR / BABI / ARAK / ANJING / NAJIS di bawa masuk ke dalam kereta yang di sewa. Sila hormati pihak KAMI dan juga penyewa yang akan menyewa selepas anda.
9. Sekiranya terdapat perlanggaran pada syarat yang telah dipersetujui, PENYEWA akan dikenakan tindakan undang-undang daripada pihak peguam KAMI.
_________________________________________________________________________________
Berminat untuk menyewa kereta kami :
Hubungi kami di :
telefon bimbit : +6 010 979 3138 (Whatsapp dan Call)
email : muhammad.ken@gmail.com